top of page

TARANTULA SQUAD - UiTM Kedah

Majlis Perwakilan Komander Kesatria

1.1 Latarbelakang

​

Peristiwa dua demontrasi pelajar-pelajar institute pengajian tinggi
termasuk ITM pada akhir tahun 1975 dan awal tahun 1976 adalah
merupakan titik permulaan penubuhan Unit Kesatria kerana peristiwa
itu, lebih kurang 200 pelajar telah disingkirkan dari ITM.

Pihak Majlis ITM memandang serius tentang perkara itu.Demontrasi itu
adalah menunjukkan keperluan meningkatkan disiplin dikalangan
pelajar ITM. Menyedari hakikat ini, satu kertas kerja untuk
menubuhkan Unit Kesatria telah disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal
Pelajar (HEP) dan dikemukakan ke Majlis ITM.Kertas kerja itu telah
diluluskan.

​

Pada bulan Jun 1976, wujudlah Unit Kesatria ini dan berikutnya di
kampus-kampus cawangan.Oleh kerana penubuhannya secara tergesa-
tergesa, maka wujudnya berlaku tanpa perjawatan.Pengurusan
pentadbiran, logistic dan latihan diserahkan kepada warden-warden
secara sambilan, kakitangan pejabat dipinjam dari Bahagian HEP,
jurulatih-jurulatihnya dipinjam dari Bahagian Keselamatan dan juga
dewan makan.Pada tahun 1982, barulah diwujudkan perjawatan Unit
Kesatria di Shah Alam dan kemudiannya di kampus cawangan.

Pada peringkat awalnya, latihan Kesatria ini adalah secara sukarela
sahaja. Bilangan pelajar yang melibatkan diri adalah terlalu
kecil.Keadaan ini tidak mematuhi objektif penubuhannya.Oleh itu,
pada tahun 1978, latihan Kesatria dan juga aktiviti-aktiviti yang
lain dijadikan ko-kurikulum.Semua pelajar baru adalah diwajibkan
mengikuti salah satu ko-kurikulum selama 2,3 atau 4 semester
mengikut keperluan kajian masing-masing.Mereka diwajibkan lulus
sebelum menamatkan pengajian.Jika gagal, Diploma mereka tidak akan
dikeluarkan oleh Majlis ITM.

​

​
 

bottom of page