top of page

TARANTULA SQUAD - UiTM Kedah

Majlis Perwakilan Komander Kesatria

1.4 Latihan & Aktiviti



 

Pelajar-pelajar adalah diwajibkan menjalani latihan ko-kurikulum
Kesatria selama dua jam .Iaitu pada hari Khamis , pelajar semester 1 & 3 pada jam 3.00 ptg - 5.00 ptg dan pelajar semester 2 pada jam 5.15 ptg - 7.15 ptg.



Latihan Ko-kurikulum :

 

• Latihan Kawad
• Latihan Jasmani
• Latihan membaca peta dan pandu arah
• Latihan peradaban
• Latihan menghadapi temuduga
• Latihan pancaragam dan kugiran
• Ceramah agama, kewarganegaraan, motivasi, akhlak, moral,
kepimpinan, disiplin, pertolongan cemas dan sebagainya.

 

Selain daripada itu, terdapat juga latihan luar ko-kurikulum yang
biasanya dilakukan pada hujung minggu, cuti pertengahan semester
atau semasa cuti semester.Penglibatan untuk latihan ini adalah
secara sukarela sahaja.

Latihan Luar Ko-Kurikulum :

• Latihan membina semangat, mendaki gunung, ekspedisi dan ikhtiar
hidup
• Latihan pangkalan dan tempur
• Lawatan sambil belajar
• Pertunjukan kawad formasi dan senaman
• Perbarisan Hari Kebangsaan, Belia dan sebagainya
• Pertandingan kawad kaki, pandu arah, rempuh halangan dan jalan
lasak.

bottom of page